Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa
bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan
penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita
muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut.
Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut
(seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa),
dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti
diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada
bahagian belakang dan kepalanya.
Ketua pasukan penyelamat
dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui
celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup.
Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku
menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus
meninggalkan rumah wanita tersebut.
Tiba-tiba, ketua pasukan
penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah
balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai
sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di
bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada
bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn
sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat
ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan
selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah
terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia
telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi
tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat
mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.
Doktor dengan pantas
memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan
selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di
skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT,
INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua
orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.
“SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
No comments:
Post a Comment