Blogger Widgets Blogger Widgets Blogger Widgets /* Start http://www.cursors-4u.com */ body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-5/spe429.cur), progress !important;} /* End http://www.cursors-4u.com */ Blogger Widgets

1 Oct 2012

Lawak pagi hari [5]


Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang
menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan
menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelak
i yang kedua.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot….

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020…..

No comments:

Post a Comment